Saturday, August 3, 2013

Sakitnya Cinta

Mmg benar kata orang. cinta itu tidak mengenal harta, rupa, umur...dengan kata lain cinta itu buta! Orang ramai selalu ungkapkan..bila seseorang itu benar2 cinta@angau, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pun tak lena.Hakikatnya, itu lah yg terjadi pada aku sekarang. pesanan ringkas (sms) telah ku hantarkn. bermacam2 versi.. marah, menduga, dan akhirnya memujuk. Tapi, dia hanya mendiamkn diri. Aku benar2 dah jatuh cinta. Apakah ini cinta mati? Sehinggakan hati dan akalku mengatakan tidak pada lelaki lain selain dia? Bukannya aku tidak pernah cuba melupakan. Aku cuba terima lelaki lain, namun hasilnya tetap sama. Aku mahukan  dia! Hanya dia! Aku masih cintakan dia. Malah, berani aku cakap, aku terlalu cintai dia. Entah kenapa aku tak sedar...selama ni aku setia dengan dia. Seperti ada suatu perasaan yang menyatakan dia juga masih cintakan aku. Sayang...kenapa kau berdiam diri? sudah bencikah dia kepadaku? Atau mungkin dia sudah ada pengganti yang lain? Mungkin juga dia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri? Mana satu ni sayang? Tak ku mengerti apa sebenarnya makna berdiam diri yang dia practickan ni. Jadi kusut, celaru bila fikir. Tapi, sampai ati dia buat aku camni kan? apa...dengan berdiam diri boleh buat aku happy kah?

Bergenang air mata untuk kesekian kalinya! memang inilah kerja part time ku. merembeskan air mata dikala aku terlalu rindukan dia.  Telah ku mohon ampun diatas kesalahan aku dek kerana keputusan terburu2 dan mulut cabul aku tu.Dia cakap, dia da maafkan aku. Malah katanya, dia selalu memaafkan aku, Baginya aku tak pernah melakukan kesilapan. Mulia sungguh ati kau, sayang. Dia juga berjanji untuk terima aku, sayangi aku dan cintai aku walau siapa pun aku. Kasih dia tetap sama, tak kan berubah..walaupun aku bersama orang lain. Tapi sekarang aku memang tak ada orang lain selain dia. Dia tahu tentang kedudukan aku sekarang. Peliknya, dia ambil tindakan mendiamkan diri. Suatu tindakan yang dia tahu aku cukup tak suka!  Apakah dia sengaja mencari amarahku?

Sayang, apa sebenarnya kehendakmu? Aku tahu dia juga merinduiku . Namun, atas alasan apa dia berkelakuan begini? Panggilan aku tidak berjawab. Walau berkali2 aku cuba dapatkan dia. Setahu aku, dia tiada orang lain selain aku! Aku bingung. Hendak saja aku hidupkan enjin kereta dan terpacul dihalaman rumahnya. Tapi, siapa lah aku hendak berbuat begitu? Adakah dia masih berduka, kecil hati atas kata2 ku yang dulu? Aku sebenarnya risau..takut pula jika dia terjatuh ke tangan orang lain. Aku mahu dia menjadi milik ku, hanya aku! Ingatkah lagi dia pada perancangan, cita2 untuk hidup bersama? Terus terang , aku memang perlukan dia dalam hidupku. Anuar!! tolonglah berhenti berkelakuan begini. Awak menyeksa saya! Sakit sangat ati ni. Sedih sangat awak perlakukan saya camni.

Ya Allah, berilah petunjuk padaku. Moga Allah sediakan yang terbaik untuk aku dan dia. Aku berserah padamu, Ya Allah.