Friday, September 20, 2013

Senja Nan Kelam

Alhamdulillah, aku mampu  menjalani hari ini dengan tenang. Walau hatiku sebal melihat tingkah laku mereka. Terkadang terbit perasaan geli, meluat apabila si dewasa berperangai kebudak-budakkan. Ada juga si dewasa yang bergaya dan berpakaian seperti anak kecil. Terlalu kebudak -budakkan. Menyembunyikan usia sebenar atau mahu kelihatan kurang cerdik? Mungkin juga mereka ini tergolong dalam golongan mangsa fasyen. Maklumlah, dewasa ini acap kali kita lihat remaja - remaja yang semakin terpengaruh dengan fesyen k-pop popular pada alaf ini. Nampaknya, si tua bangka juga ikut sama terpengaruh. Aku rasa, perasaan dan  hati muda yang membawa kepada si dewasa dan si tua terjerumus. Namun, perlukah kita membekalkan mereka cermin supaya dapat mereka lihat refleksi diri? Benar, manusia itu tidak sempurna. Benar, kecantikan itu utama dan sering dipandang berat. Lupakah anda bahawa kecantikan itu tidak berkekalan? Sebenarnya kecantikan itu sesuatu yang unik. Setiap insan miliki kecantikan yang berbeza. Akan tetapi, keunikan dan perbezaan itu sendiri akan ditafsir oleh sang pelihat atau pemerhati bergantung kepada pembawakan diri tuan punya tubuh. Jika luaran cantik tapi memiliki sekeping hati yang busuk, mana mungkin cantik dimata umum, bukan? Apatah lagi yang memiliki kekurangan dr segi paras rupa dan sekeping hati yang busuk? Nauzubillah! Sedarlah, kecantikan itu diukur dari butir bicara, kelakuan, penampilan, dan karektor seseorang. Besar juga pengajaran yang Allah tunjukkan pada aku. Bermulanya dari titik bagaimana insan yg berhati murni berubah kepada insan yang sangat kejam. Pengajaran paling bernilai buat aku. Terima kasih Allah!

Thursday, September 19, 2013

Pagi Jumaat Yang Sayu

Assalamualaikum...hari ini sekali lagi aku perlu mengawal emosi dan mengetepikan perasaan aku. Melihat kekejaman manusia dari perbagai sudut membuat aku terfikir. Sampai bila hal ini akan berlarutan? Ke mana perginya rasional? Mengapa tidak digunakan akal yang dikurniakan Tuhan sebaik mungkin, untuk tujuan murni? Perlukah sentiasa mengutuk, mengherdik dan dengki kepada orang yang tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain? Salahkah bila seseorang itu memberikan yang terbaik dalam kerja-kerja yang dilakukannya? Mengapa mesti dengki? Walau banyak persoalan bermain diminda, aku redha diperlakukan begini.Tentunya ada hikmah disebalik semua ini.Tidak akan aku sekali-kali berkelakuan seperti mereka. Semoga orang diluar sana memerhati dan nampak potensi aku. Walau kuatnya usaha mereka untuk menutup peluang rezeki aku, aku tetap percaya Allah melihat. Allah ada untuk aku. Aku sedih namun aku berserah pada-Nya.Ya Allah,bukakanlah pintu rezeki aku seluas-luas nya, berkatilah perjalanan hidup aku, tempatkan lah aku dikalangan hamba yang Engkau redhai, kasihi samada di dunia atau akhirat.Aku tidak hingin lagi berada dikalangan manusia yang busuk hati seperti ini.Aku letih melihat kekejaman mereka. Manusialah yang menyebarkan kekejaman. Malah lebih menyedihkan, kekejaman sesama Islam dan sesama Melayu. Sampai bila? Bagaimana dan apakah caranya untuk memajukan bangsa kita sekiranya mereka tidak mahu berubah. Berbekalkan bodekkan, ayat manis, mereka mampu membawa pulang gaji yang mereka inginkan. Bagi yang berusaha, mereka dikecam dan dituduh sebagai tidak menunjukkan / memberikan usaha yang maksimum seterusnya tidak layak untuk kenaikan gaji/ mendapat intensif. Melihat semua kejadian ini membuatkan aku insaf. Sesungguhnya, setiap hari aku ditunjukkan dengan pelbagai pengajaran berbeza . Pasrah, itu sahaja yang mampu aku katakan. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Segala yang terjadi adalah atas ketentuan-Nya. Semoga yang terbaik untuk aku.Allahuakbar!!!

Aku masih bersyukur (Edisi REAL)

Dengan nama Allah yang maha pemurah, penyayang, lagi mengasihani. Sungguh aku rasa syukur. Alhamdulillah, walau diuji dengan dugaan-dugaan, aku masih mampu berdiri tegak dan menyelesaikannya. Allah sentiasa menyediakan jalan dan memudahkan segalanya. Walau siapa pun kita, Allah tetap disisi kita.Sememangnya, sukar untuk aku nafikan kesedihan yang masih singgah di hati. Kesedihan yang disebabkan oleh banyak hal.Namun aku ambil pendekatan untuk tidak meluahkan semuanya disini. Tidak mahu aku dipandang sebagai manusia yang berpakaian koyak dan compang camping kerana tidak tahu menutup aib sendiri dan membuka aib orang. Moga dijauhkan! Semua yang berlaku disekeliling memberi pengajaran yang besar buat aku, Masih berdoa semoga nasib aku terbela dan semoga Allah membukakan pintu rezeki aku di company lain. Aku ingin grow bersama company dan menjadi seseorang yang penting , dipercayai dan berguna untuk company. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Amin