Friday, September 20, 2013

Senja Nan Kelam

Alhamdulillah, aku mampu  menjalani hari ini dengan tenang. Walau hatiku sebal melihat tingkah laku mereka. Terkadang terbit perasaan geli, meluat apabila si dewasa berperangai kebudak-budakkan. Ada juga si dewasa yang bergaya dan berpakaian seperti anak kecil. Terlalu kebudak -budakkan. Menyembunyikan usia sebenar atau mahu kelihatan kurang cerdik? Mungkin juga mereka ini tergolong dalam golongan mangsa fasyen. Maklumlah, dewasa ini acap kali kita lihat remaja - remaja yang semakin terpengaruh dengan fesyen k-pop popular pada alaf ini. Nampaknya, si tua bangka juga ikut sama terpengaruh. Aku rasa, perasaan dan  hati muda yang membawa kepada si dewasa dan si tua terjerumus. Namun, perlukah kita membekalkan mereka cermin supaya dapat mereka lihat refleksi diri? Benar, manusia itu tidak sempurna. Benar, kecantikan itu utama dan sering dipandang berat. Lupakah anda bahawa kecantikan itu tidak berkekalan? Sebenarnya kecantikan itu sesuatu yang unik. Setiap insan miliki kecantikan yang berbeza. Akan tetapi, keunikan dan perbezaan itu sendiri akan ditafsir oleh sang pelihat atau pemerhati bergantung kepada pembawakan diri tuan punya tubuh. Jika luaran cantik tapi memiliki sekeping hati yang busuk, mana mungkin cantik dimata umum, bukan? Apatah lagi yang memiliki kekurangan dr segi paras rupa dan sekeping hati yang busuk? Nauzubillah! Sedarlah, kecantikan itu diukur dari butir bicara, kelakuan, penampilan, dan karektor seseorang. Besar juga pengajaran yang Allah tunjukkan pada aku. Bermulanya dari titik bagaimana insan yg berhati murni berubah kepada insan yang sangat kejam. Pengajaran paling bernilai buat aku. Terima kasih Allah!

No comments: