Thursday, September 19, 2013

Pagi Jumaat Yang Sayu

Assalamualaikum...hari ini sekali lagi aku perlu mengawal emosi dan mengetepikan perasaan aku. Melihat kekejaman manusia dari perbagai sudut membuat aku terfikir. Sampai bila hal ini akan berlarutan? Ke mana perginya rasional? Mengapa tidak digunakan akal yang dikurniakan Tuhan sebaik mungkin, untuk tujuan murni? Perlukah sentiasa mengutuk, mengherdik dan dengki kepada orang yang tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain? Salahkah bila seseorang itu memberikan yang terbaik dalam kerja-kerja yang dilakukannya? Mengapa mesti dengki? Walau banyak persoalan bermain diminda, aku redha diperlakukan begini.Tentunya ada hikmah disebalik semua ini.Tidak akan aku sekali-kali berkelakuan seperti mereka. Semoga orang diluar sana memerhati dan nampak potensi aku. Walau kuatnya usaha mereka untuk menutup peluang rezeki aku, aku tetap percaya Allah melihat. Allah ada untuk aku. Aku sedih namun aku berserah pada-Nya.Ya Allah,bukakanlah pintu rezeki aku seluas-luas nya, berkatilah perjalanan hidup aku, tempatkan lah aku dikalangan hamba yang Engkau redhai, kasihi samada di dunia atau akhirat.Aku tidak hingin lagi berada dikalangan manusia yang busuk hati seperti ini.Aku letih melihat kekejaman mereka. Manusialah yang menyebarkan kekejaman. Malah lebih menyedihkan, kekejaman sesama Islam dan sesama Melayu. Sampai bila? Bagaimana dan apakah caranya untuk memajukan bangsa kita sekiranya mereka tidak mahu berubah. Berbekalkan bodekkan, ayat manis, mereka mampu membawa pulang gaji yang mereka inginkan. Bagi yang berusaha, mereka dikecam dan dituduh sebagai tidak menunjukkan / memberikan usaha yang maksimum seterusnya tidak layak untuk kenaikan gaji/ mendapat intensif. Melihat semua kejadian ini membuatkan aku insaf. Sesungguhnya, setiap hari aku ditunjukkan dengan pelbagai pengajaran berbeza . Pasrah, itu sahaja yang mampu aku katakan. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Segala yang terjadi adalah atas ketentuan-Nya. Semoga yang terbaik untuk aku.Allahuakbar!!!

No comments: