Wednesday, September 25, 2013

Suara Hati ..Sedih Sangat!



Lagu Siti ni semacam mengerti perasaan hati. Berdiam diri, membawa diri tidak bermakna kita kalah. Aku cuma dambakan ketenangan hati dan jiwa. Hanya Allah Maha Mengetahui. Gangguan dari manusia tiada penghujungya. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Biarlah mereka tertawa. Biarlah mereka mencerca. Biar!! Biarkan! Apa yang lebih penting adalah aku tidak terpengaruh dan menjadi seperti mereka. Ya Allah, lindungi aku! Amin~

Tuesday, September 24, 2013

ohh Dunia...

Tiada bicara dapat dilakar. Hanya foto mampu menceritakan segalanya.Senyum dalam sedu. terima kasih!

Friday, September 20, 2013

Senja Nan Kelam

Alhamdulillah, aku mampu  menjalani hari ini dengan tenang. Walau hatiku sebal melihat tingkah laku mereka. Terkadang terbit perasaan geli, meluat apabila si dewasa berperangai kebudak-budakkan. Ada juga si dewasa yang bergaya dan berpakaian seperti anak kecil. Terlalu kebudak -budakkan. Menyembunyikan usia sebenar atau mahu kelihatan kurang cerdik? Mungkin juga mereka ini tergolong dalam golongan mangsa fasyen. Maklumlah, dewasa ini acap kali kita lihat remaja - remaja yang semakin terpengaruh dengan fesyen k-pop popular pada alaf ini. Nampaknya, si tua bangka juga ikut sama terpengaruh. Aku rasa, perasaan dan  hati muda yang membawa kepada si dewasa dan si tua terjerumus. Namun, perlukah kita membekalkan mereka cermin supaya dapat mereka lihat refleksi diri? Benar, manusia itu tidak sempurna. Benar, kecantikan itu utama dan sering dipandang berat. Lupakah anda bahawa kecantikan itu tidak berkekalan? Sebenarnya kecantikan itu sesuatu yang unik. Setiap insan miliki kecantikan yang berbeza. Akan tetapi, keunikan dan perbezaan itu sendiri akan ditafsir oleh sang pelihat atau pemerhati bergantung kepada pembawakan diri tuan punya tubuh. Jika luaran cantik tapi memiliki sekeping hati yang busuk, mana mungkin cantik dimata umum, bukan? Apatah lagi yang memiliki kekurangan dr segi paras rupa dan sekeping hati yang busuk? Nauzubillah! Sedarlah, kecantikan itu diukur dari butir bicara, kelakuan, penampilan, dan karektor seseorang. Besar juga pengajaran yang Allah tunjukkan pada aku. Bermulanya dari titik bagaimana insan yg berhati murni berubah kepada insan yang sangat kejam. Pengajaran paling bernilai buat aku. Terima kasih Allah!

Thursday, September 19, 2013

Pagi Jumaat Yang Sayu

Assalamualaikum...hari ini sekali lagi aku perlu mengawal emosi dan mengetepikan perasaan aku. Melihat kekejaman manusia dari perbagai sudut membuat aku terfikir. Sampai bila hal ini akan berlarutan? Ke mana perginya rasional? Mengapa tidak digunakan akal yang dikurniakan Tuhan sebaik mungkin, untuk tujuan murni? Perlukah sentiasa mengutuk, mengherdik dan dengki kepada orang yang tidak pernah mengganggu kehidupan orang lain? Salahkah bila seseorang itu memberikan yang terbaik dalam kerja-kerja yang dilakukannya? Mengapa mesti dengki? Walau banyak persoalan bermain diminda, aku redha diperlakukan begini.Tentunya ada hikmah disebalik semua ini.Tidak akan aku sekali-kali berkelakuan seperti mereka. Semoga orang diluar sana memerhati dan nampak potensi aku. Walau kuatnya usaha mereka untuk menutup peluang rezeki aku, aku tetap percaya Allah melihat. Allah ada untuk aku. Aku sedih namun aku berserah pada-Nya.Ya Allah,bukakanlah pintu rezeki aku seluas-luas nya, berkatilah perjalanan hidup aku, tempatkan lah aku dikalangan hamba yang Engkau redhai, kasihi samada di dunia atau akhirat.Aku tidak hingin lagi berada dikalangan manusia yang busuk hati seperti ini.Aku letih melihat kekejaman mereka. Manusialah yang menyebarkan kekejaman. Malah lebih menyedihkan, kekejaman sesama Islam dan sesama Melayu. Sampai bila? Bagaimana dan apakah caranya untuk memajukan bangsa kita sekiranya mereka tidak mahu berubah. Berbekalkan bodekkan, ayat manis, mereka mampu membawa pulang gaji yang mereka inginkan. Bagi yang berusaha, mereka dikecam dan dituduh sebagai tidak menunjukkan / memberikan usaha yang maksimum seterusnya tidak layak untuk kenaikan gaji/ mendapat intensif. Melihat semua kejadian ini membuatkan aku insaf. Sesungguhnya, setiap hari aku ditunjukkan dengan pelbagai pengajaran berbeza . Pasrah, itu sahaja yang mampu aku katakan. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mengetahui. Segala yang terjadi adalah atas ketentuan-Nya. Semoga yang terbaik untuk aku.Allahuakbar!!!

Aku masih bersyukur (Edisi REAL)

Dengan nama Allah yang maha pemurah, penyayang, lagi mengasihani. Sungguh aku rasa syukur. Alhamdulillah, walau diuji dengan dugaan-dugaan, aku masih mampu berdiri tegak dan menyelesaikannya. Allah sentiasa menyediakan jalan dan memudahkan segalanya. Walau siapa pun kita, Allah tetap disisi kita.Sememangnya, sukar untuk aku nafikan kesedihan yang masih singgah di hati. Kesedihan yang disebabkan oleh banyak hal.Namun aku ambil pendekatan untuk tidak meluahkan semuanya disini. Tidak mahu aku dipandang sebagai manusia yang berpakaian koyak dan compang camping kerana tidak tahu menutup aib sendiri dan membuka aib orang. Moga dijauhkan! Semua yang berlaku disekeliling memberi pengajaran yang besar buat aku, Masih berdoa semoga nasib aku terbela dan semoga Allah membukakan pintu rezeki aku di company lain. Aku ingin grow bersama company dan menjadi seseorang yang penting , dipercayai dan berguna untuk company. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Amin

Monday, August 26, 2013

Ya Allah, permudahkanlah aku menjalani dugaan-Mu

Hari ni hari Isnin. Hari paling membuatkan aku berdebar-debar. Masalah yang aku wujudkan sendiri datang menduga. Susah hati, pening memikirkan solusi. Hanya aku yang boleh tangani. Namun, di ketika ini, aku tidak punya benda bernilai untuk ditebus dan seterusnya menyelesaikan permasalahan  ini. Aku lalai, aku leka , aku sentiasa tertipu dengan duniawi.Ya Allah...bantulah aku. akan aku hadapi semua ini dengan hati terbuka. Namun, permudahkanlah aku dalam menempuhi dugaan ini, Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Kepada yang membaca, tolong lah doakan keselamatan dan semoga dipermudahkan segalanya. Hati merintih siapalah yg tahu. Tak mampu aku luahkan semuanya di sini. Aku tawakal dan berserah.Alhamdulillah, Allah berikan Anuar kepada aku untuk memberi aku kekuatan. Saat ini die cuba membantu aku untuk melambatkan process. Agar mereka memberi peluang padaku. Kawan2, doakan segalanya berjalan lancar ya. Terima kasih. Assalamualaikum,

Friday, August 23, 2013

hancur berderai

begitu lah hati aku. sudah puas aku berfikiran positif. namun, keadaan makin melarat. mereka makin memijak kepala! makin menghina, mengejek aku dibelakang. Pelik, sgt pelik. Sedangkan aku xpernah ganggu hidup mereka. Kenapa mereka lakukan begini pada aku? inilah manusia. bila kita ikhlas, kita jujur, mereka mempergunakan kita. mereka mentertawakan kekurangan kita. membutakan mata ketika kita melakukan kebaikan. menjegilkan mata ketika kita melakukan khilaf. Lebih mengecewakan apabila yang berpelakuan seperti ini adalah sebangsa dan seagama dgn aku. Mereka terlalu leka, riak dgn keselesaan yg dimiliki sedangkan saudara2 kita yg lain bertarung, terkorban nyawa. aku da mls. Btl2 mls gn semua ni.Aku tidak  akan ambil peduli lagi ape yg terjadi. Sekarang hanya aku, aku dan aku. salam semua. lain hari aku sambung lagi. hilang semangat nk berblog.

Friday, August 9, 2013

Nafsu yang sukar dibendung

Berdasarkan tajuk entri diatas. Sejam yang lepas, aku terima pesanan ringkas sms dari seseorang. Memberi ucapan raya. Namun, apa yang mengejutkan ialah, perkataan Tuan, isteri dan anak-anak. Sememangnya golongan seperti ini tidak boleh dipercayai. Berkemungkinan besar, dark side mereka jauh lebih teruk & buruk dari kita. Berdasarkan tingkah laku, tutur ayat, jelas menunjukkan dia menyukai dan ingin memiliki aku. Cuma aku yang tidak ambil pusing. Berat hati untuk menerima salam kasih darinya. Aku pura2 tidak mengerti. Sekarang, semuanya sudah terjawab. Sungguh aku terkilan, dek kerana nafsu yg meluap2 untuk memiliki wanita lain, dia sanggup menidakkan apa yang sudah dimiliki. Kasihan si isteri yang berkorban serta melahirkan zuriat untuk dia. Namun dinafikan kewujudannya. Apalah nasib bersuamikan lelaki seperti itu. Aku tidak menuding jari kepada semua lelaki...kerana aku yakin, masih ada yang baik di luar sana. Sememangnya dia boleh dianugerahkan sebagai pelakon lelaki terbaik kerana sandiwara ciptaannya kelihatan hampir sempurna. Alhamdulillah , Allah kurniakan aku gerak hati yang baik. Alhamdulillah juga, kerana Allah sudah tunjukkan mana kawan..mana lawan...mana kaca...mana permata. Sepanjang bulan puasa dan hari raya ni, aku banyak habiskan masa seorang diri. Banyak yang aku teliti dan merangka langkah yang seterusnya. Sememangnya, semuanya kini hanya tentang aku. ya! aku!!

Hidup ini penuh pengajaran.
Hati-hati dan waspada adalah ayat yang paling penting dalam kamus hidup.

Sampai disini sahaja, sehingga bertemu lagi!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bye2

Thursday, August 8, 2013

Lebaran olok-olok

Assalamualaikum. salam sejahtera dan selamat hari raya bagi yang menyambutnya.Hari ni jatuh hari kedua aidilfitri. Namun , perasaan ku sedikit hambar. Terasa bosan dan tiada apa yang menyeronokkan. Alangkah bagusnya jika aku bisa pergi jauh, mencari kelainan dunia? Mungkin kerana ikatan kekeluargaan yang rapuh mendorong aku hilang semangat untuk menyambut perayaan ini. Apatah lagi, tiada yang ingin memahami diri ini dan mendengar luahan hati. Acap kali hanya hinaan dan amarah dilemparkan pada ku. Terasa asing dibumi sendiri. Tempatku bukan disini. Apalah gunanya jika darah daging sendiri melayan aku sama seperti manusia diluar sana yang merauh perasaan hasad dengki dan ingin memusnahkan aku? Sedari dulu aku sedar kedudukan aku di mata mereka. Hanya dikutip bila diperlukan kemudian dicampak, dihina bila madu habis dihisap. Ya Allah, kuatkan imanku. tabahkanlah diriku dalam menempuhi hidup penuh ranjau ini Ya Allah. Semoga pemikiran positif terus kekal dalam minda ini. Amin

Semoga bertemu lagi,

Salam syg,
Hannah.

Assalamualaikum

Wednesday, August 7, 2013

Sungguh tak ku menduga

Hmmm cabaran demi cabaran singgah dalam hidup aku.Macam biasa, aku amalkan pemikiran positif bagi menempuh hari2 mendatang. Namun, apakan daya, rambut sama hitam tapi hati lain2. Suatu kejutan yang sememangnya tidak ku jangka telah berlaku . Sekarang aku sangat2 mengerti dan faham kenapa orang disekeliling memandang dan melayan aku begitu. Tercalar maruah, bila diri diperkotak katik dan dilayan umpama tiada maruah dan  hak untuk hidup dgn aman di muka bumi ini di pertikaikan. Apakah salah bila aku memberi sehabis baik dalam semua yang aku kerjakan? Mengapa perlu menyulam hasutan demi kepentingan diri. Aku tak mungkin terkilan dan kecewa jika hal itu semua benar belaka.Namun, aku lebih kecewa bila kenalan yang sebelum ini lebih mengenali aku sangat mudah mempercayai sebelum menilik. Terima kasih! Terima kasih aku ucapkan. Aku beralah. Aku tutup mulut. Allah itu sentiasa ada untuk aku. Mereka juga hamba sebagaimana aku. Aku berserah pada Allah untuk membuat perhitungan. Biar pun hati ini menangis, aku perlu terus tabah. Walau tiada siapa yang memahami malah lebih terdorong untuk mengkhianati. Aku redha. Aku pujuk hati untuk terus bersabar. Tiada apa yang mampu aku lakukan jika senyuman dalam tangis ku ini ditafsir sebagai tak berharga. Dalam soal cinta, aku sudah lepaskan semua harapan. Tumpuan hanya berpaksi pada kerjaya dan diri sendiri. Aku akur jika begini laluan dan liku hidup aku. Tetapi, aku tidak akan mengaku kalah.Aku berjuang dengan cara ku sendiri. Diam tidak bermakna lemah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah hadirkan insan lain buat penghibur diri. Walaupun diri ini banyak kekurangan, aku tetap yakin bahawa aku juga berhak untuk bahagia. Perit jerih kehidupan, dugaan sama ada datang dari darah daging sendiri atau dari luar, perlu aku lalui. Mesti! Semoga imanku terus kekal dan lebih kuat. Hidup ini suatu pengajaran. Allahuakhbar!!!

Sampai di sini sahaja coretan untuk hari ni. Sekadar penyedap hati yang lara.Semoga kita semua dilindungi olehNya.

Assalamualaikum. ♥

Saturday, August 3, 2013

Sakitnya Cinta

Mmg benar kata orang. cinta itu tidak mengenal harta, rupa, umur...dengan kata lain cinta itu buta! Orang ramai selalu ungkapkan..bila seseorang itu benar2 cinta@angau, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pun tak lena.Hakikatnya, itu lah yg terjadi pada aku sekarang. pesanan ringkas (sms) telah ku hantarkn. bermacam2 versi.. marah, menduga, dan akhirnya memujuk. Tapi, dia hanya mendiamkn diri. Aku benar2 dah jatuh cinta. Apakah ini cinta mati? Sehinggakan hati dan akalku mengatakan tidak pada lelaki lain selain dia? Bukannya aku tidak pernah cuba melupakan. Aku cuba terima lelaki lain, namun hasilnya tetap sama. Aku mahukan  dia! Hanya dia! Aku masih cintakan dia. Malah, berani aku cakap, aku terlalu cintai dia. Entah kenapa aku tak sedar...selama ni aku setia dengan dia. Seperti ada suatu perasaan yang menyatakan dia juga masih cintakan aku. Sayang...kenapa kau berdiam diri? sudah bencikah dia kepadaku? Atau mungkin dia sudah ada pengganti yang lain? Mungkin juga dia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri? Mana satu ni sayang? Tak ku mengerti apa sebenarnya makna berdiam diri yang dia practickan ni. Jadi kusut, celaru bila fikir. Tapi, sampai ati dia buat aku camni kan? apa...dengan berdiam diri boleh buat aku happy kah?

Bergenang air mata untuk kesekian kalinya! memang inilah kerja part time ku. merembeskan air mata dikala aku terlalu rindukan dia.  Telah ku mohon ampun diatas kesalahan aku dek kerana keputusan terburu2 dan mulut cabul aku tu.Dia cakap, dia da maafkan aku. Malah katanya, dia selalu memaafkan aku, Baginya aku tak pernah melakukan kesilapan. Mulia sungguh ati kau, sayang. Dia juga berjanji untuk terima aku, sayangi aku dan cintai aku walau siapa pun aku. Kasih dia tetap sama, tak kan berubah..walaupun aku bersama orang lain. Tapi sekarang aku memang tak ada orang lain selain dia. Dia tahu tentang kedudukan aku sekarang. Peliknya, dia ambil tindakan mendiamkan diri. Suatu tindakan yang dia tahu aku cukup tak suka!  Apakah dia sengaja mencari amarahku?

Sayang, apa sebenarnya kehendakmu? Aku tahu dia juga merinduiku . Namun, atas alasan apa dia berkelakuan begini? Panggilan aku tidak berjawab. Walau berkali2 aku cuba dapatkan dia. Setahu aku, dia tiada orang lain selain aku! Aku bingung. Hendak saja aku hidupkan enjin kereta dan terpacul dihalaman rumahnya. Tapi, siapa lah aku hendak berbuat begitu? Adakah dia masih berduka, kecil hati atas kata2 ku yang dulu? Aku sebenarnya risau..takut pula jika dia terjatuh ke tangan orang lain. Aku mahu dia menjadi milik ku, hanya aku! Ingatkah lagi dia pada perancangan, cita2 untuk hidup bersama? Terus terang , aku memang perlukan dia dalam hidupku. Anuar!! tolonglah berhenti berkelakuan begini. Awak menyeksa saya! Sakit sangat ati ni. Sedih sangat awak perlakukan saya camni.

Ya Allah, berilah petunjuk padaku. Moga Allah sediakan yang terbaik untuk aku dan dia. Aku berserah padamu, Ya Allah.

Saturday, July 27, 2013

kenyataan yang memilukan

Ok, nmpk x tittle kat atas tu...? Tau xsbb ape? Sebab ni kali kedua aku cuba update blog slps gagal buat kali pertama. Nk tau knp? Sbb aku gne tab ler. Da puas aku pusing2 ikut keselesaan. Mmg xselesa, kau! Ase nk baling2 je tab ni ke dinding. Oleh kerana sekarang ni bulan ramadan, jadi aku simpan je la hasrat tu. Lagi pon semangat kecintaan terhadap tab ni masih wujud di lubuk hati. Ok, da puas aku mengadu. Sekarang, masa untuk teruskan proses update! Yebba... ingt lagi x entri aku yg counting the day (manisnyer) tu? Haaaa ni update susulan dari sifat excited aku beberapa bulan lepas sblm join company baru. Alah, bak kate org...bende baru, konpem manissss je. Tapikan, da msk 5 bulan aku join, barulah terserlah segala identiti sebenar, cerita sebenar, dugaan sebenar, keadaan sebenar.. bak kate org putih, reveal the true colour. Haaa ko ade?  Xde kn? Dok diam2. Dgr je cite aku. Haha tetibe je kn...lalalalala..mcm2 pahit maung aku tempuh, perit getir, dugaan...sebenarnye perkataan tu sume bawak maksud yg samakn. Ala saje aku nk bg nmpk bnyk.hehe. ok, sambung. Sehingga lah beberapa hari lalu, aku ase not worth it stay dkt sana. Kusut jugak asik memikirkn bende ni. Ye la., nk buat keputusan bukan mudah. Sebab nnti, muktamad. Da xblh reverse blk. Skng, masih dlm proses carian kje lain. Aku anggap je semua ni dugaan atau cubaan utk aku. Aku redha. Namun begitu, aku sedih sbb knp org mcm dorang masih wujud atas muka bumi ni. Buat perhabis beras je! Haihhhhh....letih nk mengadap. Dengan attitude yg mcm tu (aku memilih utk tidak nyatakn attitude itu dikuatiri akan mendatangkn malu kepada pihak berkenaan . Cewahhh.hehe ), mmg company xkan maju dan akan terus berbalah, berpuak2 dan saling menuding jari antara satu sama lain. Camne nk bersatu? Camne nk berjaya sedang kn tiada muafakat. Mmg xberkat! Huh!!! Aku pulak mmg xpandai bodek2, berlakon2 ni. So agak la kelihatan terpinggir disitu. Kire pape hal, mmg slh aku dlu la yg dorang akan pandang. Asik cr point je. Hello, jgn harap la aku nk sembah ko ok! Merepek btol! Aku bertuhan kan Allah, bukan manusia. Aku beranikerana benar dan mereka adalah pengecut kerana bersembunyi di balik wajah manis tp punya hati yg blh thn busuknye. Eeee puaka sungguh! Pape pon, semoga aku dipelihara dan dibawah lindungan -Nya. Buat mereka, semoga mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan. Xbnyk, sikit pon jd la. Huuuu . Ini lah kali pertama aku duduk dlm company yg xde system kje. Sume tonggang langgang.so, from now, onwards, aku akan hanya memikirkan segala yg terbaik utk aku. Aku akan selfish. Tiada lagi kompromi. Ok la..da abis lepas geram.sekian.

Kite jumpe lagi esok lusa ye!

TATA!

Tuesday, March 26, 2013

PERASAAN....PERASAAN...PERASAN

ENTRI KALI SEMUANYA MENGGUNAKAN KONSONAN BESAR YE. ERMM BOLEH DIKATAKAN AKU XDE MASA LAGI NK PIKIRKAN PERASAAN.PERASAN TU MUNGKIN YE. HAHAHA.. KJE BARU NI AGAK MENYIBUKKAN DIRI AKU. SO, XDENYE MASA SENGGANG MCM DLU..SORRY LA. LAME XUPDATE BLOG. OK LA. DISEBABKAN XDE PERASAAN, AKU NK STOP TAKAT NI JE..HAHHA XMENARIK PULAK ENTRI KALI NI KN? MAAF LA YE. DAAAAAA

Thursday, January 31, 2013

Good Bye~ (Edisi Separa Skema)




Saya dengan dukacitanya ingin merakamkan ucapan selamat tinggal kepada rakan- rakan sekerja di V***R*****R . Pemergian saya bukanlah atas kehendak sendiri , tetapi atas tawaran marvelous  menarik oleh syarikat lain. Oleh itu, saya berhak untuk menggunakan peluang yang ada bagi career enhancement peningkatan kerjaya saya. Saya harap tidak akan wujud salah faham di atas pemergian saya ini. 
 Dengan pemergian saya, saya harap kalian dapat bekerja dengan suasana yang ceria, aman , harmoni dan penuh toleransi tanpa merindui saya. Saya juga berdoa agar syarikat ini terus maju pada masa hadapan.

Oklah! cukup2 la skemanye pon. bahasa pon mcm very the lintang pukang. xgitu? Hahahahha.
actually tengah kenyang sangat2 ni. baru lepas makan pizza. mkn kt opis je pon. gn rakan2 sekerja. alah..yg org slalu panggil colleague tu! hehe. Seronok juga, ase cam penting dan disayangi. Konon sgt! Ade org belanja kn? opcoz la perasaan menjadi riang, girang dan seterusnya makanan menjadi extra sedap! If korang terbace ni, aku nk korang tau yg aku hargai sgt2 usaha korang wat aku happy n syg korang ketat2! hehe. :P

Ok lah~ nak buat persiapan persediaan untuk terbang ke tempat baru sambil bernyanyi~ I believe i can fly! I believe i can touch the sky! I'm like a bird! I want to fly away! :D ngeee~


Wednesday, January 30, 2013

Counting the day~ (manisnyeerr)

dah! x payah nk guna kalkulator. kire hari je pon! hehe. tetibe je kn? lalallala~ erm terasa sedih n susah la pulak nk meninggalkan opis ni.akan tetapi , kaki terpaksa melangkah demi masa depan yang cerah. haaa sadis x ayat aku tu? hahahha kelaka pon ade! Al- hamdulillah, hari2 yang dilalui sebelum masuk kerja baru agak okay. ala-ala harmoni. sangat la kan! :P  wawaweeee~ perut da kenyang td ade collegue belanja. mkn bubur je pon. tgk nasik n ikan bakar tu ase nk terbelahak la pulak kn..so , kite pilih yang manis2 je la ye. balik opis dpt pulak aiskrim. collegue yang lain belanja. Jadi, oleh sebab aku makan yang manis2 je ari ni, aku ade beberapa harapan manis yg ingin aku share. Harapan aku adalah seperti berikut:


  1. Banyak sangat makan gula ari ni. So, aku berharap, muka aku akan sweet se sweet gula2 GETAH. (double meaning! haha)
  2. Bende manis kan boleh buat kite happy. So, aku harap, memori2 hari2 mendatang akan menjadi manis dan dan seterusnya lebih manis  .( semoga semut x dtg, nanti kne gigit sakit ooohh~)
  3. Mengharapkan masa depan yg indah dan manis sesedap susu manis penuh krim disukai ramai.
Ok! nk menjayakan harapan2 di atas aku kne la banyak doa, saba, cekal hati, kuat mental& fizikal, bla, bla,bla, --------> banyak sgt nak cakapnye pon! hehe.

Ok la, sampai sini je entri manis kali ni.

Salam Sayang, Assalamualaikum & Have a Nice day! Mwahkks!! XOXO :*

Tuesday, January 29, 2013

panas2 cuaca arini..tapi lagi panas atiku ni....

harini umpama hari keramat.yela, banyak input dapat rini. ala2 time2 nk ber- am- bus ni la bnyk celita dpt tau..mmg btl org ckp. the truth can be so damn painful.panas2 ati pon nk xnk kne badjet cool. al- maklumlah..xkan aku nk jadi rimau singa yg ala2 jadi- jadian tu pulak kn? so unprofessional!! ----> Konon!
mengeluh pon belom tentu dapat selesaikan masalah. ------> al-hamdulillah,pikir positive. Kalau diikutkan logiknye, manusia ni..semakin dewasa sepatutnye semakin matang dan lebih pandai bwk diri. xgitu? Tapi biase la, manusia ni xperfect kn..---> Konon! So sabar dan maafkan je la. ( Boleh ke terus maaf kn? xpe la..kite ambil pendekatan positive. biarlah masa menetukan. ceewahh! hahaha! ) Hurm..untuk company lama, Selamat Tinggal! Untuk Company Baru, Hi! Hi! :) Dengan segala ion2 positive yg mengelilingi ketika ni, dan dengan segala semangat kesukanan nilai murni dan moral yg tinggi...berikut adalah azam bekerja aku di company baru :


  • Perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersemangat waja tanpa ilang semangat secara berlebihan yang tidak membawa kepada kemudaratan.
  • Sentiasa senyum untuk mewujudkan persekitaran yang ceria dan psycho diri supaya xtewas dengan dugaan dan cobaan2 yang bakal datang/ menghampiri ---------> Moga2 selamat semuanye. hehe.
  • Bersikap prrofessional.
  • Hindari Gossips  Kurangkan Gossip dan hendaklah meluangkan lebih waktu kepada kerja -----> nak jadi workaholic & nk manager notice performance aku lerrr~~ (nampak xpermainannye..gossip ringan tu sebenarnye utk erat silaturrahim. erat ke? ko jawab la sendiri Jah ooiiii~)
  • Hendaklah matang dalam membuat keputusan. Lebih2 lagi yang melibatkan kerja. Pls put emotion aside.Luar dalam bidang kerja..pi lantak ler..nk tertunggeng ke..meniarap ke..terlentang ke time settle problem pon boleh! 
  • Bagi masa pada diri dalam setahun dan tengak pencapaian sendiri. Kalau boleh nk ade career enhancement dalam pada masa tu atau lbh cepat la.
  • Last but not lease. Kne capai semua aim dan target untuk tahun ini.(ade lain2 yg aku xbg tau. lau semua aku bg tau..da mcm pakai baju koyak ler aku...xgitu~) Insyaallah! Ya Allah, moga Kau permudahkan segalanya.Amin~ Doakan sekali tau! :) Toceh
Semoga bertemu lg! Assalamualaikum & hv a gud day!





Monday, January 28, 2013

End of January 2013

ok lah. berdasarkan tajuk ,korang pon mesti da paham kan? sebabnye, entri sebelum ni aku da kabor ke korang yang aku da dpt kje baru. al- kisahnye...lagi beberapa hari je lagi nk abis kje kt tmpat ni.So, untuk sisa2 hari yg ada ni, aku pikir nk berehat la cikit. rehatkan otak katenye..tapi tu la...later on gerenti aku akan di hantui rasa bersalah sbb notis abis 2 jan. aku lak sibuk nk benti awal? ape cer? malas kah aku?  -------> korang jawab la sendiri yer.oklah.. mak encik nk kluo kejap..ade hal nk settle. (mak encik katenye..ekau ado? xdo kn? so..diam2 je la cik kiah oii~) ehhh kenapa lidah den lain mcm je rini. selain pendengaran yg kurang pada hari ni, xsangka pulak lidah aku pon bermasalah gak yer. kesan sampingan demam la tu~ kn! hehe. jaga2 korang kt lua sana. lau demam sila mkn ubt betul2. bior pulih sepenuhnye. lau x..akan ade simptom semacam aku. ala2 duplicate aku la tuh! hehe :P daaaaa~~~ jupe lg!

Friday, January 25, 2013

Bila Cinta Kini,, Tak Lagi Bermakna~~

Yang kurasa..kini.. hanyalah nestapa.--------> bukan nestum ok! Haaa nampak x permainan nye? aku sambung lagu la tuh..Sape tahu suara aku cam mane? Sedap sebenarnye okeh! perisa Strawberry hampir kepada perisa melon..Nyum2! haha.. Ape la aku merepek ni kn? Ok la, merujuk kepada tajuk diatas.. kenapa entri kali ni berunsur cintan? haa kenapa? kenapa? tahu x kenapa? xtau?? betol x tau???? kelas ko maria!!!( iklan rebina. :P) Sbb aku almost meroyan la. Bila cakap pasal cinta ni, 1 bende yg aku rasa semua orang setuju dengan aku. Betapa susahnye nk cari cinta sejati. setuju x? ape?? xdengar la!!! ala, xyah susah2. cakap je setuju! ( lebih baik xyah tanye kn?..merepek lagi aku nih..) Memang la kita semua ni ade kekurangan yang tersendiri. Tapi nak jumpe orang yng boleh saling melengkapi a.k.a menerima kekurangan kita sebagaimana kita terima kekurangan die..mmg susah..Lagi2 la bila wujudnye keadaan dimana..diri kite ni lebih dari die..akan ade la aktiviti ambil kesempatan. ( bukan nk ckp xnk give n take.. ni yg ambil kesempatan tahap serius gila babeng..ala kalah gila tahap cipan!) Kan payah tu? Secara jujurnye, aku suka lelaki yang tinggi, berkulit gelap dari aku----> (rujuk je gamba aku kat sebelah kanan korang tu..haaa putih x? hehe) kurus atau sedang2, bijak, teliti, cekap,penyayang,amanah..Bla~ bla~ bla~ hehhe banyak sgt.naik segan lak nak kongsi.---> Konon! hehe.Xpe la..sekarang ni aku nk tumpu pada kerjaya dulu. bagi berjaya. nak buat bende yg boleh happykn diri aku( janji x menyimpang ) dan puaskan ati sendiri (dapatkn gadjet atau barang2 yg di impikan ) . Malas da nk pikir banyak2..simpan air mata untuk tetuan masa hadapan..cewah~~ ayat aku kn. hahaha . da memang xternangis da sebenarnye. :)
 ok la...sampai sini je kot..xtau la kalau2 lagi 2-3 minit aku nk sambung coretan lg.. bak kate orang..unpredictable! hehe!..tata.. salam sayang! Assalamualaikum & have a nice day!!! 

Sejuk~~~

Okay, jam kat opis ni hampir menunjukkan pukul 4.50 pm.Terasa sangat dingin petang ni. hujan lebat kat luar buat aku rasa nak tidur je.Mengantuk da tahap Cipanzi  Cipan ni.kepala pulak sakit yang amat. memang cepat tua la gini kn? nampaknye, esok lusa, kalau tetibe je ade uban atas kepala ni...xboleh la nk heran sangat. (susah nk mengaku diri da tua..walhal..muke da matang abes! ahhaha ) sebenarnye ade bende nak bagitau. Bulan depan aku da start keje tempat baru!!! Yahooo!!!~~ Haaaa new work, new challenge la gamaknye kn? lepas ni meme memang cakap omputih berhabuk la aku. Okay..ni plan aku sebelum memulakan kerja di tempat baru.


  1. Perlu Top Up tdo ( x cukup tdo---sgt;sgt;&sgt;konon sgt ..sebagai bukti : aku memiliki mata panda! comel kn? hehe )
  2. Banyakkan baca english magazine..(nk kne asah sleng omputih)
  3. Kne yakin..but not over confident okeh! :P
  4. Dress up like a professional.
  5. ok..da abes da..xyah bace2 hehe.. :D

Tuesday, January 22, 2013

Keliru...Celaru..Cencaru.. X_X

tgk tittle pon da tau kn? nasib baik la aku xjd ikan cencaru..kalau x...da kne mkn da haa..terlalu bnyk perkara yg jadi.dan terlalu bnyk perkara yg kabur pada pandangan. ssh sgt nk buat pertimbangan.sama ada perlu aku pentingkan diri atau berkorban untuk yg lain? ssh sgt nk cari solusi. kebanyakan perkara yg jd xde hitam putih.mcm mana nk siasat, mcm mana nk buat perbezaan?  mcm mana nk tentukan mana yg baik dan mana yg buruk utk aku? hampir2 kusut pikiran dibuatnye...(takat ni baru tahap keliru & celaru je la...kalau kusut, parah sikit la kot..xgitu? ) haaa xpe la..walaupun yg tgh baca ni xtau ape yg aku ckpkn.. korang buat2 la paham..(utk jaga ati aku ok? haha) sbb nye nanti aku post lg utk detail yg lbh lanjut. happy2 slalu ok! jgn jd cm aku ni...keliru memanjang! renung2kan dan selamat beramal! :D (senyum plastik..opss!! terJUJUR plk kn..) ok daaaa~ Assalamualaikum - bagi yg beragama islam dan Hv a nice day- bagi lain2 agama.  

-sekian-