Friday, August 9, 2013

Nafsu yang sukar dibendung

Berdasarkan tajuk entri diatas. Sejam yang lepas, aku terima pesanan ringkas sms dari seseorang. Memberi ucapan raya. Namun, apa yang mengejutkan ialah, perkataan Tuan, isteri dan anak-anak. Sememangnya golongan seperti ini tidak boleh dipercayai. Berkemungkinan besar, dark side mereka jauh lebih teruk & buruk dari kita. Berdasarkan tingkah laku, tutur ayat, jelas menunjukkan dia menyukai dan ingin memiliki aku. Cuma aku yang tidak ambil pusing. Berat hati untuk menerima salam kasih darinya. Aku pura2 tidak mengerti. Sekarang, semuanya sudah terjawab. Sungguh aku terkilan, dek kerana nafsu yg meluap2 untuk memiliki wanita lain, dia sanggup menidakkan apa yang sudah dimiliki. Kasihan si isteri yang berkorban serta melahirkan zuriat untuk dia. Namun dinafikan kewujudannya. Apalah nasib bersuamikan lelaki seperti itu. Aku tidak menuding jari kepada semua lelaki...kerana aku yakin, masih ada yang baik di luar sana. Sememangnya dia boleh dianugerahkan sebagai pelakon lelaki terbaik kerana sandiwara ciptaannya kelihatan hampir sempurna. Alhamdulillah , Allah kurniakan aku gerak hati yang baik. Alhamdulillah juga, kerana Allah sudah tunjukkan mana kawan..mana lawan...mana kaca...mana permata. Sepanjang bulan puasa dan hari raya ni, aku banyak habiskan masa seorang diri. Banyak yang aku teliti dan merangka langkah yang seterusnya. Sememangnya, semuanya kini hanya tentang aku. ya! aku!!

Hidup ini penuh pengajaran.
Hati-hati dan waspada adalah ayat yang paling penting dalam kamus hidup.

Sampai disini sahaja, sehingga bertemu lagi!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bye2

Thursday, August 8, 2013

Lebaran olok-olok

Assalamualaikum. salam sejahtera dan selamat hari raya bagi yang menyambutnya.Hari ni jatuh hari kedua aidilfitri. Namun , perasaan ku sedikit hambar. Terasa bosan dan tiada apa yang menyeronokkan. Alangkah bagusnya jika aku bisa pergi jauh, mencari kelainan dunia? Mungkin kerana ikatan kekeluargaan yang rapuh mendorong aku hilang semangat untuk menyambut perayaan ini. Apatah lagi, tiada yang ingin memahami diri ini dan mendengar luahan hati. Acap kali hanya hinaan dan amarah dilemparkan pada ku. Terasa asing dibumi sendiri. Tempatku bukan disini. Apalah gunanya jika darah daging sendiri melayan aku sama seperti manusia diluar sana yang merauh perasaan hasad dengki dan ingin memusnahkan aku? Sedari dulu aku sedar kedudukan aku di mata mereka. Hanya dikutip bila diperlukan kemudian dicampak, dihina bila madu habis dihisap. Ya Allah, kuatkan imanku. tabahkanlah diriku dalam menempuhi hidup penuh ranjau ini Ya Allah. Semoga pemikiran positif terus kekal dalam minda ini. Amin

Semoga bertemu lagi,

Salam syg,
Hannah.

Assalamualaikum

Wednesday, August 7, 2013

Sungguh tak ku menduga

Hmmm cabaran demi cabaran singgah dalam hidup aku.Macam biasa, aku amalkan pemikiran positif bagi menempuh hari2 mendatang. Namun, apakan daya, rambut sama hitam tapi hati lain2. Suatu kejutan yang sememangnya tidak ku jangka telah berlaku . Sekarang aku sangat2 mengerti dan faham kenapa orang disekeliling memandang dan melayan aku begitu. Tercalar maruah, bila diri diperkotak katik dan dilayan umpama tiada maruah dan  hak untuk hidup dgn aman di muka bumi ini di pertikaikan. Apakah salah bila aku memberi sehabis baik dalam semua yang aku kerjakan? Mengapa perlu menyulam hasutan demi kepentingan diri. Aku tak mungkin terkilan dan kecewa jika hal itu semua benar belaka.Namun, aku lebih kecewa bila kenalan yang sebelum ini lebih mengenali aku sangat mudah mempercayai sebelum menilik. Terima kasih! Terima kasih aku ucapkan. Aku beralah. Aku tutup mulut. Allah itu sentiasa ada untuk aku. Mereka juga hamba sebagaimana aku. Aku berserah pada Allah untuk membuat perhitungan. Biar pun hati ini menangis, aku perlu terus tabah. Walau tiada siapa yang memahami malah lebih terdorong untuk mengkhianati. Aku redha. Aku pujuk hati untuk terus bersabar. Tiada apa yang mampu aku lakukan jika senyuman dalam tangis ku ini ditafsir sebagai tak berharga. Dalam soal cinta, aku sudah lepaskan semua harapan. Tumpuan hanya berpaksi pada kerjaya dan diri sendiri. Aku akur jika begini laluan dan liku hidup aku. Tetapi, aku tidak akan mengaku kalah.Aku berjuang dengan cara ku sendiri. Diam tidak bermakna lemah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah hadirkan insan lain buat penghibur diri. Walaupun diri ini banyak kekurangan, aku tetap yakin bahawa aku juga berhak untuk bahagia. Perit jerih kehidupan, dugaan sama ada datang dari darah daging sendiri atau dari luar, perlu aku lalui. Mesti! Semoga imanku terus kekal dan lebih kuat. Hidup ini suatu pengajaran. Allahuakhbar!!!

Sampai di sini sahaja coretan untuk hari ni. Sekadar penyedap hati yang lara.Semoga kita semua dilindungi olehNya.

Assalamualaikum. ♥