Friday, August 9, 2013

Nafsu yang sukar dibendung

Berdasarkan tajuk entri diatas. Sejam yang lepas, aku terima pesanan ringkas sms dari seseorang. Memberi ucapan raya. Namun, apa yang mengejutkan ialah, perkataan Tuan, isteri dan anak-anak. Sememangnya golongan seperti ini tidak boleh dipercayai. Berkemungkinan besar, dark side mereka jauh lebih teruk & buruk dari kita. Berdasarkan tingkah laku, tutur ayat, jelas menunjukkan dia menyukai dan ingin memiliki aku. Cuma aku yang tidak ambil pusing. Berat hati untuk menerima salam kasih darinya. Aku pura2 tidak mengerti. Sekarang, semuanya sudah terjawab. Sungguh aku terkilan, dek kerana nafsu yg meluap2 untuk memiliki wanita lain, dia sanggup menidakkan apa yang sudah dimiliki. Kasihan si isteri yang berkorban serta melahirkan zuriat untuk dia. Namun dinafikan kewujudannya. Apalah nasib bersuamikan lelaki seperti itu. Aku tidak menuding jari kepada semua lelaki...kerana aku yakin, masih ada yang baik di luar sana. Sememangnya dia boleh dianugerahkan sebagai pelakon lelaki terbaik kerana sandiwara ciptaannya kelihatan hampir sempurna. Alhamdulillah , Allah kurniakan aku gerak hati yang baik. Alhamdulillah juga, kerana Allah sudah tunjukkan mana kawan..mana lawan...mana kaca...mana permata. Sepanjang bulan puasa dan hari raya ni, aku banyak habiskan masa seorang diri. Banyak yang aku teliti dan merangka langkah yang seterusnya. Sememangnya, semuanya kini hanya tentang aku. ya! aku!!

Hidup ini penuh pengajaran.
Hati-hati dan waspada adalah ayat yang paling penting dalam kamus hidup.

Sampai disini sahaja, sehingga bertemu lagi!

Assalamualaikum & salam sejahtera

Bye2

Thursday, August 8, 2013

Lebaran olok-olok

Assalamualaikum. salam sejahtera dan selamat hari raya bagi yang menyambutnya.Hari ni jatuh hari kedua aidilfitri. Namun , perasaan ku sedikit hambar. Terasa bosan dan tiada apa yang menyeronokkan. Alangkah bagusnya jika aku bisa pergi jauh, mencari kelainan dunia? Mungkin kerana ikatan kekeluargaan yang rapuh mendorong aku hilang semangat untuk menyambut perayaan ini. Apatah lagi, tiada yang ingin memahami diri ini dan mendengar luahan hati. Acap kali hanya hinaan dan amarah dilemparkan pada ku. Terasa asing dibumi sendiri. Tempatku bukan disini. Apalah gunanya jika darah daging sendiri melayan aku sama seperti manusia diluar sana yang merauh perasaan hasad dengki dan ingin memusnahkan aku? Sedari dulu aku sedar kedudukan aku di mata mereka. Hanya dikutip bila diperlukan kemudian dicampak, dihina bila madu habis dihisap. Ya Allah, kuatkan imanku. tabahkanlah diriku dalam menempuhi hidup penuh ranjau ini Ya Allah. Semoga pemikiran positif terus kekal dalam minda ini. Amin

Semoga bertemu lagi,

Salam syg,
Hannah.

Assalamualaikum

Wednesday, August 7, 2013

Sungguh tak ku menduga

Hmmm cabaran demi cabaran singgah dalam hidup aku.Macam biasa, aku amalkan pemikiran positif bagi menempuh hari2 mendatang. Namun, apakan daya, rambut sama hitam tapi hati lain2. Suatu kejutan yang sememangnya tidak ku jangka telah berlaku . Sekarang aku sangat2 mengerti dan faham kenapa orang disekeliling memandang dan melayan aku begitu. Tercalar maruah, bila diri diperkotak katik dan dilayan umpama tiada maruah dan  hak untuk hidup dgn aman di muka bumi ini di pertikaikan. Apakah salah bila aku memberi sehabis baik dalam semua yang aku kerjakan? Mengapa perlu menyulam hasutan demi kepentingan diri. Aku tak mungkin terkilan dan kecewa jika hal itu semua benar belaka.Namun, aku lebih kecewa bila kenalan yang sebelum ini lebih mengenali aku sangat mudah mempercayai sebelum menilik. Terima kasih! Terima kasih aku ucapkan. Aku beralah. Aku tutup mulut. Allah itu sentiasa ada untuk aku. Mereka juga hamba sebagaimana aku. Aku berserah pada Allah untuk membuat perhitungan. Biar pun hati ini menangis, aku perlu terus tabah. Walau tiada siapa yang memahami malah lebih terdorong untuk mengkhianati. Aku redha. Aku pujuk hati untuk terus bersabar. Tiada apa yang mampu aku lakukan jika senyuman dalam tangis ku ini ditafsir sebagai tak berharga. Dalam soal cinta, aku sudah lepaskan semua harapan. Tumpuan hanya berpaksi pada kerjaya dan diri sendiri. Aku akur jika begini laluan dan liku hidup aku. Tetapi, aku tidak akan mengaku kalah.Aku berjuang dengan cara ku sendiri. Diam tidak bermakna lemah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah hadirkan insan lain buat penghibur diri. Walaupun diri ini banyak kekurangan, aku tetap yakin bahawa aku juga berhak untuk bahagia. Perit jerih kehidupan, dugaan sama ada datang dari darah daging sendiri atau dari luar, perlu aku lalui. Mesti! Semoga imanku terus kekal dan lebih kuat. Hidup ini suatu pengajaran. Allahuakhbar!!!

Sampai di sini sahaja coretan untuk hari ni. Sekadar penyedap hati yang lara.Semoga kita semua dilindungi olehNya.

Assalamualaikum. ♥

Saturday, August 3, 2013

Sakitnya Cinta

Mmg benar kata orang. cinta itu tidak mengenal harta, rupa, umur...dengan kata lain cinta itu buta! Orang ramai selalu ungkapkan..bila seseorang itu benar2 cinta@angau, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pun tak lena.Hakikatnya, itu lah yg terjadi pada aku sekarang. pesanan ringkas (sms) telah ku hantarkn. bermacam2 versi.. marah, menduga, dan akhirnya memujuk. Tapi, dia hanya mendiamkn diri. Aku benar2 dah jatuh cinta. Apakah ini cinta mati? Sehinggakan hati dan akalku mengatakan tidak pada lelaki lain selain dia? Bukannya aku tidak pernah cuba melupakan. Aku cuba terima lelaki lain, namun hasilnya tetap sama. Aku mahukan  dia! Hanya dia! Aku masih cintakan dia. Malah, berani aku cakap, aku terlalu cintai dia. Entah kenapa aku tak sedar...selama ni aku setia dengan dia. Seperti ada suatu perasaan yang menyatakan dia juga masih cintakan aku. Sayang...kenapa kau berdiam diri? sudah bencikah dia kepadaku? Atau mungkin dia sudah ada pengganti yang lain? Mungkin juga dia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri? Mana satu ni sayang? Tak ku mengerti apa sebenarnya makna berdiam diri yang dia practickan ni. Jadi kusut, celaru bila fikir. Tapi, sampai ati dia buat aku camni kan? apa...dengan berdiam diri boleh buat aku happy kah?

Bergenang air mata untuk kesekian kalinya! memang inilah kerja part time ku. merembeskan air mata dikala aku terlalu rindukan dia.  Telah ku mohon ampun diatas kesalahan aku dek kerana keputusan terburu2 dan mulut cabul aku tu.Dia cakap, dia da maafkan aku. Malah katanya, dia selalu memaafkan aku, Baginya aku tak pernah melakukan kesilapan. Mulia sungguh ati kau, sayang. Dia juga berjanji untuk terima aku, sayangi aku dan cintai aku walau siapa pun aku. Kasih dia tetap sama, tak kan berubah..walaupun aku bersama orang lain. Tapi sekarang aku memang tak ada orang lain selain dia. Dia tahu tentang kedudukan aku sekarang. Peliknya, dia ambil tindakan mendiamkan diri. Suatu tindakan yang dia tahu aku cukup tak suka!  Apakah dia sengaja mencari amarahku?

Sayang, apa sebenarnya kehendakmu? Aku tahu dia juga merinduiku . Namun, atas alasan apa dia berkelakuan begini? Panggilan aku tidak berjawab. Walau berkali2 aku cuba dapatkan dia. Setahu aku, dia tiada orang lain selain aku! Aku bingung. Hendak saja aku hidupkan enjin kereta dan terpacul dihalaman rumahnya. Tapi, siapa lah aku hendak berbuat begitu? Adakah dia masih berduka, kecil hati atas kata2 ku yang dulu? Aku sebenarnya risau..takut pula jika dia terjatuh ke tangan orang lain. Aku mahu dia menjadi milik ku, hanya aku! Ingatkah lagi dia pada perancangan, cita2 untuk hidup bersama? Terus terang , aku memang perlukan dia dalam hidupku. Anuar!! tolonglah berhenti berkelakuan begini. Awak menyeksa saya! Sakit sangat ati ni. Sedih sangat awak perlakukan saya camni.

Ya Allah, berilah petunjuk padaku. Moga Allah sediakan yang terbaik untuk aku dan dia. Aku berserah padamu, Ya Allah.

Saturday, July 27, 2013

kenyataan yang memilukan

Ok, nmpk x tittle kat atas tu...? Tau xsbb ape? Sebab ni kali kedua aku cuba update blog slps gagal buat kali pertama. Nk tau knp? Sbb aku gne tab ler. Da puas aku pusing2 ikut keselesaan. Mmg xselesa, kau! Ase nk baling2 je tab ni ke dinding. Oleh kerana sekarang ni bulan ramadan, jadi aku simpan je la hasrat tu. Lagi pon semangat kecintaan terhadap tab ni masih wujud di lubuk hati. Ok, da puas aku mengadu. Sekarang, masa untuk teruskan proses update! Yebba... ingt lagi x entri aku yg counting the day (manisnyer) tu? Haaaa ni update susulan dari sifat excited aku beberapa bulan lepas sblm join company baru. Alah, bak kate org...bende baru, konpem manissss je. Tapikan, da msk 5 bulan aku join, barulah terserlah segala identiti sebenar, cerita sebenar, dugaan sebenar, keadaan sebenar.. bak kate org putih, reveal the true colour. Haaa ko ade?  Xde kn? Dok diam2. Dgr je cite aku. Haha tetibe je kn...lalalalala..mcm2 pahit maung aku tempuh, perit getir, dugaan...sebenarnye perkataan tu sume bawak maksud yg samakn. Ala saje aku nk bg nmpk bnyk.hehe. ok, sambung. Sehingga lah beberapa hari lalu, aku ase not worth it stay dkt sana. Kusut jugak asik memikirkn bende ni. Ye la., nk buat keputusan bukan mudah. Sebab nnti, muktamad. Da xblh reverse blk. Skng, masih dlm proses carian kje lain. Aku anggap je semua ni dugaan atau cubaan utk aku. Aku redha. Namun begitu, aku sedih sbb knp org mcm dorang masih wujud atas muka bumi ni. Buat perhabis beras je! Haihhhhh....letih nk mengadap. Dengan attitude yg mcm tu (aku memilih utk tidak nyatakn attitude itu dikuatiri akan mendatangkn malu kepada pihak berkenaan . Cewahhh.hehe ), mmg company xkan maju dan akan terus berbalah, berpuak2 dan saling menuding jari antara satu sama lain. Camne nk bersatu? Camne nk berjaya sedang kn tiada muafakat. Mmg xberkat! Huh!!! Aku pulak mmg xpandai bodek2, berlakon2 ni. So agak la kelihatan terpinggir disitu. Kire pape hal, mmg slh aku dlu la yg dorang akan pandang. Asik cr point je. Hello, jgn harap la aku nk sembah ko ok! Merepek btol! Aku bertuhan kan Allah, bukan manusia. Aku beranikerana benar dan mereka adalah pengecut kerana bersembunyi di balik wajah manis tp punya hati yg blh thn busuknye. Eeee puaka sungguh! Pape pon, semoga aku dipelihara dan dibawah lindungan -Nya. Buat mereka, semoga mendapat hidayah dan berubah ke arah kebaikan. Xbnyk, sikit pon jd la. Huuuu . Ini lah kali pertama aku duduk dlm company yg xde system kje. Sume tonggang langgang.so, from now, onwards, aku akan hanya memikirkan segala yg terbaik utk aku. Aku akan selfish. Tiada lagi kompromi. Ok la..da abis lepas geram.sekian.

Kite jumpe lagi esok lusa ye!

TATA!

Tuesday, March 26, 2013

PERASAAN....PERASAAN...PERASAN

ENTRI KALI SEMUANYA MENGGUNAKAN KONSONAN BESAR YE. ERMM BOLEH DIKATAKAN AKU XDE MASA LAGI NK PIKIRKAN PERASAAN.PERASAN TU MUNGKIN YE. HAHAHA.. KJE BARU NI AGAK MENYIBUKKAN DIRI AKU. SO, XDENYE MASA SENGGANG MCM DLU..SORRY LA. LAME XUPDATE BLOG. OK LA. DISEBABKAN XDE PERASAAN, AKU NK STOP TAKAT NI JE..HAHHA XMENARIK PULAK ENTRI KALI NI KN? MAAF LA YE. DAAAAAA

Thursday, January 31, 2013

Good Bye~ (Edisi Separa Skema)




Saya dengan dukacitanya ingin merakamkan ucapan selamat tinggal kepada rakan- rakan sekerja di V***R*****R . Pemergian saya bukanlah atas kehendak sendiri , tetapi atas tawaran marvelous  menarik oleh syarikat lain. Oleh itu, saya berhak untuk menggunakan peluang yang ada bagi career enhancement peningkatan kerjaya saya. Saya harap tidak akan wujud salah faham di atas pemergian saya ini. 
 Dengan pemergian saya, saya harap kalian dapat bekerja dengan suasana yang ceria, aman , harmoni dan penuh toleransi tanpa merindui saya. Saya juga berdoa agar syarikat ini terus maju pada masa hadapan.

Oklah! cukup2 la skemanye pon. bahasa pon mcm very the lintang pukang. xgitu? Hahahahha.
actually tengah kenyang sangat2 ni. baru lepas makan pizza. mkn kt opis je pon. gn rakan2 sekerja. alah..yg org slalu panggil colleague tu! hehe. Seronok juga, ase cam penting dan disayangi. Konon sgt! Ade org belanja kn? opcoz la perasaan menjadi riang, girang dan seterusnya makanan menjadi extra sedap! If korang terbace ni, aku nk korang tau yg aku hargai sgt2 usaha korang wat aku happy n syg korang ketat2! hehe. :P

Ok lah~ nak buat persiapan persediaan untuk terbang ke tempat baru sambil bernyanyi~ I believe i can fly! I believe i can touch the sky! I'm like a bird! I want to fly away! :D ngeee~