Wednesday, September 25, 2013
Suara Hati ..Sedih Sangat!
Lagu Siti ni semacam mengerti perasaan hati. Berdiam diri, membawa diri tidak bermakna kita kalah. Aku cuma dambakan ketenangan hati dan jiwa. Hanya Allah Maha Mengetahui. Gangguan dari manusia tiada penghujungya. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Biarlah mereka tertawa. Biarlah mereka mencerca. Biar!! Biarkan! Apa yang lebih penting adalah aku tidak terpengaruh dan menjadi seperti mereka. Ya Allah, lindungi aku! Amin~
Tuesday, September 24, 2013
ohh Dunia...
Tiada bicara dapat dilakar. Hanya foto mampu menceritakan segalanya.Senyum dalam sedu. terima kasih!
Friday, September 20, 2013
Senja Nan Kelam
Alhamdulillah, aku mampu menjalani hari ini dengan tenang. Walau hatiku sebal melihat tingkah laku mereka. Terkadang terbit perasaan geli, meluat apabila si dewasa berperangai kebudak-budakkan. Ada juga si dewasa yang bergaya dan berpakaian seperti anak kecil. Terlalu kebudak -budakkan. Menyembunyikan usia sebenar atau mahu kelihatan kurang cerdik? Mungkin juga mereka ini tergolong dalam golongan mangsa fasyen. Maklumlah, dewasa ini acap kali kita lihat remaja - remaja yang semakin terpengaruh dengan fesyen k-pop popular pada alaf ini. Nampaknya, si tua bangka juga ikut sama terpengaruh. Aku rasa, perasaan dan hati muda yang membawa kepada si dewasa dan si tua terjerumus. Namun, perlukah kita membekalkan mereka cermin supaya dapat mereka lihat refleksi diri? Benar, manusia itu tidak sempurna. Benar, kecantikan itu utama dan sering dipandang berat. Lupakah anda bahawa kecantikan itu tidak berkekalan? Sebenarnya kecantikan itu sesuatu yang unik. Setiap insan miliki kecantikan yang berbeza. Akan tetapi, keunikan dan perbezaan itu sendiri akan ditafsir oleh sang pelihat atau pemerhati bergantung kepada pembawakan diri tuan punya tubuh. Jika luaran cantik tapi memiliki sekeping hati yang busuk, mana mungkin cantik dimata umum, bukan? Apatah lagi yang memiliki kekurangan dr segi paras rupa dan sekeping hati yang busuk? Nauzubillah! Sedarlah, kecantikan itu diukur dari butir bicara, kelakuan, penampilan, dan karektor seseorang. Besar juga pengajaran yang Allah tunjukkan pada aku. Bermulanya dari titik bagaimana insan yg berhati murni berubah kepada insan yang sangat kejam. Pengajaran paling bernilai buat aku. Terima kasih Allah!
Thursday, September 19, 2013
Pagi Jumaat Yang Sayu
Aku masih bersyukur (Edisi REAL)
Dengan nama Allah yang maha pemurah, penyayang, lagi mengasihani. Sungguh aku rasa syukur. Alhamdulillah, walau diuji dengan dugaan-dugaan, aku masih mampu berdiri tegak dan menyelesaikannya. Allah sentiasa menyediakan jalan dan memudahkan segalanya. Walau siapa pun kita, Allah tetap disisi kita.Sememangnya, sukar untuk aku nafikan kesedihan yang masih singgah di hati. Kesedihan yang disebabkan oleh banyak hal.Namun aku ambil pendekatan untuk tidak meluahkan semuanya disini. Tidak mahu aku dipandang sebagai manusia yang berpakaian koyak dan compang camping kerana tidak tahu menutup aib sendiri dan membuka aib orang. Moga dijauhkan! Semua yang berlaku disekeliling memberi pengajaran yang besar buat aku, Masih berdoa semoga nasib aku terbela dan semoga Allah membukakan pintu rezeki aku di company lain. Aku ingin grow bersama company dan menjadi seseorang yang penting , dipercayai dan berguna untuk company. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Amin
Monday, August 26, 2013
Ya Allah, permudahkanlah aku menjalani dugaan-Mu
Hari ni hari Isnin. Hari paling membuatkan aku berdebar-debar. Masalah yang aku wujudkan sendiri datang menduga. Susah hati, pening memikirkan solusi. Hanya aku yang boleh tangani. Namun, di ketika ini, aku tidak punya benda bernilai untuk ditebus dan seterusnya menyelesaikan permasalahan ini. Aku lalai, aku leka , aku sentiasa tertipu dengan duniawi.Ya Allah...bantulah aku. akan aku hadapi semua ini dengan hati terbuka. Namun, permudahkanlah aku dalam menempuhi dugaan ini, Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Kepada yang membaca, tolong lah doakan keselamatan dan semoga dipermudahkan segalanya. Hati merintih siapalah yg tahu. Tak mampu aku luahkan semuanya di sini. Aku tawakal dan berserah.Alhamdulillah, Allah berikan Anuar kepada aku untuk memberi aku kekuatan. Saat ini die cuba membantu aku untuk melambatkan process. Agar mereka memberi peluang padaku. Kawan2, doakan segalanya berjalan lancar ya. Terima kasih. Assalamualaikum,
Friday, August 23, 2013
hancur berderai
begitu lah hati aku. sudah puas aku berfikiran positif. namun, keadaan makin melarat. mereka makin memijak kepala! makin menghina, mengejek aku dibelakang. Pelik, sgt pelik. Sedangkan aku xpernah ganggu hidup mereka. Kenapa mereka lakukan begini pada aku? inilah manusia. bila kita ikhlas, kita jujur, mereka mempergunakan kita. mereka mentertawakan kekurangan kita. membutakan mata ketika kita melakukan kebaikan. menjegilkan mata ketika kita melakukan khilaf. Lebih mengecewakan apabila yang berpelakuan seperti ini adalah sebangsa dan seagama dgn aku. Mereka terlalu leka, riak dgn keselesaan yg dimiliki sedangkan saudara2 kita yg lain bertarung, terkorban nyawa. aku da mls. Btl2 mls gn semua ni.Aku tidak akan ambil peduli lagi ape yg terjadi. Sekarang hanya aku, aku dan aku. salam semua. lain hari aku sambung lagi. hilang semangat nk berblog.