Wednesday, September 25, 2013
Suara Hati ..Sedih Sangat!
Lagu Siti ni semacam mengerti perasaan hati. Berdiam diri, membawa diri tidak bermakna kita kalah. Aku cuma dambakan ketenangan hati dan jiwa. Hanya Allah Maha Mengetahui. Gangguan dari manusia tiada penghujungya. Biarlah mereka dengan dunia mereka. Biarlah mereka tertawa. Biarlah mereka mencerca. Biar!! Biarkan! Apa yang lebih penting adalah aku tidak terpengaruh dan menjadi seperti mereka. Ya Allah, lindungi aku! Amin~
Tuesday, September 24, 2013
ohh Dunia...
Tiada bicara dapat dilakar. Hanya foto mampu menceritakan segalanya.Senyum dalam sedu. terima kasih!
Friday, September 20, 2013
Senja Nan Kelam
Alhamdulillah, aku mampu menjalani hari ini dengan tenang. Walau hatiku sebal melihat tingkah laku mereka. Terkadang terbit perasaan geli, meluat apabila si dewasa berperangai kebudak-budakkan. Ada juga si dewasa yang bergaya dan berpakaian seperti anak kecil. Terlalu kebudak -budakkan. Menyembunyikan usia sebenar atau mahu kelihatan kurang cerdik? Mungkin juga mereka ini tergolong dalam golongan mangsa fasyen. Maklumlah, dewasa ini acap kali kita lihat remaja - remaja yang semakin terpengaruh dengan fesyen k-pop popular pada alaf ini. Nampaknya, si tua bangka juga ikut sama terpengaruh. Aku rasa, perasaan dan hati muda yang membawa kepada si dewasa dan si tua terjerumus. Namun, perlukah kita membekalkan mereka cermin supaya dapat mereka lihat refleksi diri? Benar, manusia itu tidak sempurna. Benar, kecantikan itu utama dan sering dipandang berat. Lupakah anda bahawa kecantikan itu tidak berkekalan? Sebenarnya kecantikan itu sesuatu yang unik. Setiap insan miliki kecantikan yang berbeza. Akan tetapi, keunikan dan perbezaan itu sendiri akan ditafsir oleh sang pelihat atau pemerhati bergantung kepada pembawakan diri tuan punya tubuh. Jika luaran cantik tapi memiliki sekeping hati yang busuk, mana mungkin cantik dimata umum, bukan? Apatah lagi yang memiliki kekurangan dr segi paras rupa dan sekeping hati yang busuk? Nauzubillah! Sedarlah, kecantikan itu diukur dari butir bicara, kelakuan, penampilan, dan karektor seseorang. Besar juga pengajaran yang Allah tunjukkan pada aku. Bermulanya dari titik bagaimana insan yg berhati murni berubah kepada insan yang sangat kejam. Pengajaran paling bernilai buat aku. Terima kasih Allah!
Thursday, September 19, 2013
Pagi Jumaat Yang Sayu
Aku masih bersyukur (Edisi REAL)
Dengan nama Allah yang maha pemurah, penyayang, lagi mengasihani. Sungguh aku rasa syukur. Alhamdulillah, walau diuji dengan dugaan-dugaan, aku masih mampu berdiri tegak dan menyelesaikannya. Allah sentiasa menyediakan jalan dan memudahkan segalanya. Walau siapa pun kita, Allah tetap disisi kita.Sememangnya, sukar untuk aku nafikan kesedihan yang masih singgah di hati. Kesedihan yang disebabkan oleh banyak hal.Namun aku ambil pendekatan untuk tidak meluahkan semuanya disini. Tidak mahu aku dipandang sebagai manusia yang berpakaian koyak dan compang camping kerana tidak tahu menutup aib sendiri dan membuka aib orang. Moga dijauhkan! Semua yang berlaku disekeliling memberi pengajaran yang besar buat aku, Masih berdoa semoga nasib aku terbela dan semoga Allah membukakan pintu rezeki aku di company lain. Aku ingin grow bersama company dan menjadi seseorang yang penting , dipercayai dan berguna untuk company. Mudah-mudahan Allah makbulkan. Amin
Monday, August 26, 2013
Ya Allah, permudahkanlah aku menjalani dugaan-Mu
Hari ni hari Isnin. Hari paling membuatkan aku berdebar-debar. Masalah yang aku wujudkan sendiri datang menduga. Susah hati, pening memikirkan solusi. Hanya aku yang boleh tangani. Namun, di ketika ini, aku tidak punya benda bernilai untuk ditebus dan seterusnya menyelesaikan permasalahan ini. Aku lalai, aku leka , aku sentiasa tertipu dengan duniawi.Ya Allah...bantulah aku. akan aku hadapi semua ini dengan hati terbuka. Namun, permudahkanlah aku dalam menempuhi dugaan ini, Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini. Kepada yang membaca, tolong lah doakan keselamatan dan semoga dipermudahkan segalanya. Hati merintih siapalah yg tahu. Tak mampu aku luahkan semuanya di sini. Aku tawakal dan berserah.Alhamdulillah, Allah berikan Anuar kepada aku untuk memberi aku kekuatan. Saat ini die cuba membantu aku untuk melambatkan process. Agar mereka memberi peluang padaku. Kawan2, doakan segalanya berjalan lancar ya. Terima kasih. Assalamualaikum,
Friday, August 23, 2013
hancur berderai
begitu lah hati aku. sudah puas aku berfikiran positif. namun, keadaan makin melarat. mereka makin memijak kepala! makin menghina, mengejek aku dibelakang. Pelik, sgt pelik. Sedangkan aku xpernah ganggu hidup mereka. Kenapa mereka lakukan begini pada aku? inilah manusia. bila kita ikhlas, kita jujur, mereka mempergunakan kita. mereka mentertawakan kekurangan kita. membutakan mata ketika kita melakukan kebaikan. menjegilkan mata ketika kita melakukan khilaf. Lebih mengecewakan apabila yang berpelakuan seperti ini adalah sebangsa dan seagama dgn aku. Mereka terlalu leka, riak dgn keselesaan yg dimiliki sedangkan saudara2 kita yg lain bertarung, terkorban nyawa. aku da mls. Btl2 mls gn semua ni.Aku tidak akan ambil peduli lagi ape yg terjadi. Sekarang hanya aku, aku dan aku. salam semua. lain hari aku sambung lagi. hilang semangat nk berblog.
Friday, August 9, 2013
Nafsu yang sukar dibendung
Berdasarkan tajuk entri diatas. Sejam yang lepas, aku terima pesanan ringkas sms dari seseorang. Memberi ucapan raya. Namun, apa yang mengejutkan ialah, perkataan Tuan, isteri dan anak-anak. Sememangnya golongan seperti ini tidak boleh dipercayai. Berkemungkinan besar, dark side mereka jauh lebih teruk & buruk dari kita. Berdasarkan tingkah laku, tutur ayat, jelas menunjukkan dia menyukai dan ingin memiliki aku. Cuma aku yang tidak ambil pusing. Berat hati untuk menerima salam kasih darinya. Aku pura2 tidak mengerti. Sekarang, semuanya sudah terjawab. Sungguh aku terkilan, dek kerana nafsu yg meluap2 untuk memiliki wanita lain, dia sanggup menidakkan apa yang sudah dimiliki. Kasihan si isteri yang berkorban serta melahirkan zuriat untuk dia. Namun dinafikan kewujudannya. Apalah nasib bersuamikan lelaki seperti itu. Aku tidak menuding jari kepada semua lelaki...kerana aku yakin, masih ada yang baik di luar sana. Sememangnya dia boleh dianugerahkan sebagai pelakon lelaki terbaik kerana sandiwara ciptaannya kelihatan hampir sempurna. Alhamdulillah , Allah kurniakan aku gerak hati yang baik. Alhamdulillah juga, kerana Allah sudah tunjukkan mana kawan..mana lawan...mana kaca...mana permata. Sepanjang bulan puasa dan hari raya ni, aku banyak habiskan masa seorang diri. Banyak yang aku teliti dan merangka langkah yang seterusnya. Sememangnya, semuanya kini hanya tentang aku. ya! aku!!
Hidup ini penuh pengajaran.
Hati-hati dan waspada adalah ayat yang paling penting dalam kamus hidup.
Sampai disini sahaja, sehingga bertemu lagi!
Assalamualaikum & salam sejahtera
Bye2
Thursday, August 8, 2013
Lebaran olok-olok
Assalamualaikum. salam sejahtera dan selamat hari raya bagi yang menyambutnya.Hari ni jatuh hari kedua aidilfitri. Namun , perasaan ku sedikit hambar. Terasa bosan dan tiada apa yang menyeronokkan. Alangkah bagusnya jika aku bisa pergi jauh, mencari kelainan dunia? Mungkin kerana ikatan kekeluargaan yang rapuh mendorong aku hilang semangat untuk menyambut perayaan ini. Apatah lagi, tiada yang ingin memahami diri ini dan mendengar luahan hati. Acap kali hanya hinaan dan amarah dilemparkan pada ku. Terasa asing dibumi sendiri. Tempatku bukan disini. Apalah gunanya jika darah daging sendiri melayan aku sama seperti manusia diluar sana yang merauh perasaan hasad dengki dan ingin memusnahkan aku? Sedari dulu aku sedar kedudukan aku di mata mereka. Hanya dikutip bila diperlukan kemudian dicampak, dihina bila madu habis dihisap. Ya Allah, kuatkan imanku. tabahkanlah diriku dalam menempuhi hidup penuh ranjau ini Ya Allah. Semoga pemikiran positif terus kekal dalam minda ini. Amin
Semoga bertemu lagi,
Salam syg,
Hannah.
Assalamualaikum
Wednesday, August 7, 2013
Sungguh tak ku menduga
Hmmm cabaran demi cabaran singgah dalam hidup aku.Macam biasa, aku amalkan pemikiran positif bagi menempuh hari2 mendatang. Namun, apakan daya, rambut sama hitam tapi hati lain2. Suatu kejutan yang sememangnya tidak ku jangka telah berlaku . Sekarang aku sangat2 mengerti dan faham kenapa orang disekeliling memandang dan melayan aku begitu. Tercalar maruah, bila diri diperkotak katik dan dilayan umpama tiada maruah dan hak untuk hidup dgn aman di muka bumi ini di pertikaikan. Apakah salah bila aku memberi sehabis baik dalam semua yang aku kerjakan? Mengapa perlu menyulam hasutan demi kepentingan diri. Aku tak mungkin terkilan dan kecewa jika hal itu semua benar belaka.Namun, aku lebih kecewa bila kenalan yang sebelum ini lebih mengenali aku sangat mudah mempercayai sebelum menilik. Terima kasih! Terima kasih aku ucapkan. Aku beralah. Aku tutup mulut. Allah itu sentiasa ada untuk aku. Mereka juga hamba sebagaimana aku. Aku berserah pada Allah untuk membuat perhitungan. Biar pun hati ini menangis, aku perlu terus tabah. Walau tiada siapa yang memahami malah lebih terdorong untuk mengkhianati. Aku redha. Aku pujuk hati untuk terus bersabar. Tiada apa yang mampu aku lakukan jika senyuman dalam tangis ku ini ditafsir sebagai tak berharga. Dalam soal cinta, aku sudah lepaskan semua harapan. Tumpuan hanya berpaksi pada kerjaya dan diri sendiri. Aku akur jika begini laluan dan liku hidup aku. Tetapi, aku tidak akan mengaku kalah.Aku berjuang dengan cara ku sendiri. Diam tidak bermakna lemah. Semoga Allah permudahkan segalanya. Semoga Allah hadirkan insan lain buat penghibur diri. Walaupun diri ini banyak kekurangan, aku tetap yakin bahawa aku juga berhak untuk bahagia. Perit jerih kehidupan, dugaan sama ada datang dari darah daging sendiri atau dari luar, perlu aku lalui. Mesti! Semoga imanku terus kekal dan lebih kuat. Hidup ini suatu pengajaran. Allahuakhbar!!!
Sampai di sini sahaja coretan untuk hari ni. Sekadar penyedap hati yang lara.Semoga kita semua dilindungi olehNya.
Assalamualaikum. ♥
Saturday, August 3, 2013
Sakitnya Cinta
Mmg benar kata orang. cinta itu tidak mengenal harta, rupa, umur...dengan kata lain cinta itu buta! Orang ramai selalu ungkapkan..bila seseorang itu benar2 cinta@angau, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pun tak lena.Hakikatnya, itu lah yg terjadi pada aku sekarang. pesanan ringkas (sms) telah ku hantarkn. bermacam2 versi.. marah, menduga, dan akhirnya memujuk. Tapi, dia hanya mendiamkn diri. Aku benar2 dah jatuh cinta. Apakah ini cinta mati? Sehinggakan hati dan akalku mengatakan tidak pada lelaki lain selain dia? Bukannya aku tidak pernah cuba melupakan. Aku cuba terima lelaki lain, namun hasilnya tetap sama. Aku mahukan dia! Hanya dia! Aku masih cintakan dia. Malah, berani aku cakap, aku terlalu cintai dia. Entah kenapa aku tak sedar...selama ni aku setia dengan dia. Seperti ada suatu perasaan yang menyatakan dia juga masih cintakan aku. Sayang...kenapa kau berdiam diri? sudah bencikah dia kepadaku? Atau mungkin dia sudah ada pengganti yang lain? Mungkin juga dia memerlukan ruang untuk dirinya sendiri? Mana satu ni sayang? Tak ku mengerti apa sebenarnya makna berdiam diri yang dia practickan ni. Jadi kusut, celaru bila fikir. Tapi, sampai ati dia buat aku camni kan? apa...dengan berdiam diri boleh buat aku happy kah?
Bergenang air mata untuk kesekian kalinya! memang inilah kerja part time ku. merembeskan air mata dikala aku terlalu rindukan dia. Telah ku mohon ampun diatas kesalahan aku dek kerana keputusan terburu2 dan mulut cabul aku tu.Dia cakap, dia da maafkan aku. Malah katanya, dia selalu memaafkan aku, Baginya aku tak pernah melakukan kesilapan. Mulia sungguh ati kau, sayang. Dia juga berjanji untuk terima aku, sayangi aku dan cintai aku walau siapa pun aku. Kasih dia tetap sama, tak kan berubah..walaupun aku bersama orang lain. Tapi sekarang aku memang tak ada orang lain selain dia. Dia tahu tentang kedudukan aku sekarang. Peliknya, dia ambil tindakan mendiamkan diri. Suatu tindakan yang dia tahu aku cukup tak suka! Apakah dia sengaja mencari amarahku?
Sayang, apa sebenarnya kehendakmu? Aku tahu dia juga merinduiku . Namun, atas alasan apa dia berkelakuan begini? Panggilan aku tidak berjawab. Walau berkali2 aku cuba dapatkan dia. Setahu aku, dia tiada orang lain selain aku! Aku bingung. Hendak saja aku hidupkan enjin kereta dan terpacul dihalaman rumahnya. Tapi, siapa lah aku hendak berbuat begitu? Adakah dia masih berduka, kecil hati atas kata2 ku yang dulu? Aku sebenarnya risau..takut pula jika dia terjatuh ke tangan orang lain. Aku mahu dia menjadi milik ku, hanya aku! Ingatkah lagi dia pada perancangan, cita2 untuk hidup bersama? Terus terang , aku memang perlukan dia dalam hidupku. Anuar!! tolonglah berhenti berkelakuan begini. Awak menyeksa saya! Sakit sangat ati ni. Sedih sangat awak perlakukan saya camni.
Ya Allah, berilah petunjuk padaku. Moga Allah sediakan yang terbaik untuk aku dan dia. Aku berserah padamu, Ya Allah.
Saturday, July 27, 2013
kenyataan yang memilukan
Kite jumpe lagi esok lusa ye!
TATA!
Tuesday, March 26, 2013
PERASAAN....PERASAAN...PERASAN
Thursday, January 31, 2013
Good Bye~ (Edisi Separa Skema)
Wednesday, January 30, 2013
Counting the day~ (manisnyeerr)
- Banyak sangat makan gula ari ni. So, aku berharap, muka aku akan sweet se sweet gula2 GETAH. (double meaning! haha)
- Bende manis kan boleh buat kite happy. So, aku harap,
memori2hari2 mendatang akan menjadi manis dan dan seterusnya lebih manis .( semoga semut x dtg, nanti kne gigit sakit ooohh~) - Mengharapkan masa depan yg indah dan manis sesedap susu manis penuh krim disukai ramai.
Tuesday, January 29, 2013
panas2 cuaca arini..tapi lagi panas atiku ni....
mengeluh pon belom tentu dapat selesaikan masalah. ------> al-hamdulillah,pikir positive. Kalau diikutkan logiknye, manusia ni..semakin dewasa sepatutnye semakin matang dan lebih pandai bwk diri. xgitu? Tapi biase la, manusia ni xperfect kn..---> Konon! So sabar dan maafkan je la. ( Boleh ke terus maaf kn? xpe la..kite ambil pendekatan positive. biarlah masa menetukan. ceewahh! hahaha! ) Hurm..untuk company lama, Selamat Tinggal! Untuk Company Baru, Hi! Hi! :) Dengan segala ion2 positive yg mengelilingi ketika ni, dan dengan segala semangat
- Perlu sentiasa berfikiran positif dan sentiasa bersemangat waja
tanpa ilang semangatsecara berlebihan yang tidak membawa kepada kemudaratan. - Sentiasa senyum untuk mewujudkan persekitaran yang ceria dan psycho diri supaya xtewas dengan dugaan dan cobaan2 yang bakal datang/ menghampiri ---------> Moga2 selamat semuanye. hehe.
- Bersikap prrofessional.
Hindari GossipsKurangkan Gossip dan hendaklah meluangkan lebih waktu kepada kerja -----> nak jadi workaholic & nk manager notice performance aku lerrr~~ (nampak xpermainannye..gossip ringan tu sebenarnye utk erat silaturrahim. erat ke? ko jawab la sendiri Jah ooiiii~)- Hendaklah matang dalam membuat keputusan. Lebih2 lagi yang melibatkan kerja. Pls put emotion aside.Luar dalam bidang kerja..pi lantak ler..nk tertunggeng ke..meniarap ke..terlentang ke time settle problem pon boleh!
- Bagi masa pada diri dalam setahun dan tengak pencapaian sendiri. Kalau boleh nk ade career enhancement dalam pada masa tu atau lbh cepat la.
- Last but not lease. Kne capai semua aim dan target untuk tahun ini.(ade lain2 yg aku xbg tau. lau semua aku bg tau..da mcm pakai baju koyak ler aku...xgitu~) Insyaallah! Ya Allah, moga Kau permudahkan segalanya.Amin~ Doakan sekali tau! :) Toceh
Monday, January 28, 2013
End of January 2013
Friday, January 25, 2013
Bila Cinta Kini,, Tak Lagi Bermakna~~
ok la...sampai sini je kot..xtau la kalau2 lagi 2-3 minit aku nk sambung coretan lg.. bak kate orang..unpredictable! hehe!..tata.. salam sayang! Assalamualaikum & have a nice day!!!
Sejuk~~~
- Perlu Top Up tdo ( x cukup tdo---sgt;sgt;&sgt;konon sgt ..sebagai bukti : aku memiliki mata panda! comel kn? hehe )
- Banyakkan baca english magazine..(nk kne asah sleng omputih)
- Kne yakin..but not over confident okeh! :P
- Dress up like a professional.
- ok..da abes da..xyah bace2 hehe.. :D
Tuesday, January 22, 2013
Keliru...Celaru..Cencaru.. X_X
-sekian-